Khamis, 3 Mac 2016

Beza "Sedekah" dan "Wakaf"

Sedekah adalah ibadah yang kita lakukan dimana pahalanya adalah hanya untuk ketika bersedekah. Contohnya jika kita bersedekah wang kepada seorang peminta sedekah. Kemudiannya dia akan menggunakan wang itu untuk membeli makanan, setelah habis makanan itu dimakan maka pahala bersedekah hanya setakat disitu manakala wakaf adalah juga disebut sedekah jariah (sedekah yang berterusan) dimana harta itu perlulah bersifat kekal. Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakafkan itu boleh diambil manfaatnya. Contohnya dengan wang RM10 yang pewakaf wakafkan akan dikumpul dalam satu tabung kumpulan wang wakaf dan kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pembinaan masjid. Selagi masjid itu kekal berada disitu, selagi itu pahala kita akan terus mengalir. InsyaAllah. (Sumber : Perbadanan Wakaf Selangor)

Sesetengah ulama' berpendapat pahala / ganjaran bersedekah tidak terhenti selagi ain (wang atau harta sedekah) itu digunakan di jalan yang betul dan tidak digunakan dalam perkara yang bertentangan syarak - seperti membeli arak, judi, dll. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan