Khamis, 14 April 2016

Stok "Update"

Kepada pewakaf dan pihak masjid / surau, warna sejadah yang masih ada ialah warna Biru dan Merah (stok terhad).

Terima kasih kepada para pewakaf yang memilih sejadah panjang syarikat MZ Sejadah. Kami akan mengusahakan stok-stok baru beserta design baru selepas terjualnya baki stok-stok yang masih ada ini. Insyallah.





Khamis, 3 Mac 2016

Beza "Sedekah" dan "Wakaf"

Sedekah adalah ibadah yang kita lakukan dimana pahalanya adalah hanya untuk ketika bersedekah. Contohnya jika kita bersedekah wang kepada seorang peminta sedekah. Kemudiannya dia akan menggunakan wang itu untuk membeli makanan, setelah habis makanan itu dimakan maka pahala bersedekah hanya setakat disitu manakala wakaf adalah juga disebut sedekah jariah (sedekah yang berterusan) dimana harta itu perlulah bersifat kekal. Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakafkan itu boleh diambil manfaatnya. Contohnya dengan wang RM10 yang pewakaf wakafkan akan dikumpul dalam satu tabung kumpulan wang wakaf dan kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pembinaan masjid. Selagi masjid itu kekal berada disitu, selagi itu pahala kita akan terus mengalir. InsyaAllah. (Sumber : Perbadanan Wakaf Selangor)

Sesetengah ulama' berpendapat pahala / ganjaran bersedekah tidak terhenti selagi ain (wang atau harta sedekah) itu digunakan di jalan yang betul dan tidak digunakan dalam perkara yang bertentangan syarak - seperti membeli arak, judi, dll. Wallahualam.

Masjid Darul Ihsan, Kampung Muda Hashim, Kuching

Pemasangan di Masjid Darul Ihsan, Kampung Muda Hashim, Kuching.

Terima kasih kepada para pewakaf dan AJK masjid.

Janji Allah itu benar. Sabar dan yakin kita menantikannya. Amin.

" Bandingan (yakni ganjaran) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama satu benih yang tumbuh lalu menerbitkan tujuh tangkai dan pada tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui" (Al-Baqarah:261)