Khamis, 3 Mac 2016

Beza "Sedekah" dan "Wakaf"

Sedekah adalah ibadah yang kita lakukan dimana pahalanya adalah hanya untuk ketika bersedekah. Contohnya jika kita bersedekah wang kepada seorang peminta sedekah. Kemudiannya dia akan menggunakan wang itu untuk membeli makanan, setelah habis makanan itu dimakan maka pahala bersedekah hanya setakat disitu manakala wakaf adalah juga disebut sedekah jariah (sedekah yang berterusan) dimana harta itu perlulah bersifat kekal. Ganjaran pahala pewakaf akan mengalir dan berkekalan selagi harta yang diwakafkan itu boleh diambil manfaatnya. Contohnya dengan wang RM10 yang pewakaf wakafkan akan dikumpul dalam satu tabung kumpulan wang wakaf dan kemudiannya akan digunakan untuk membiayai pembinaan masjid. Selagi masjid itu kekal berada disitu, selagi itu pahala kita akan terus mengalir. InsyaAllah. (Sumber : Perbadanan Wakaf Selangor)

Sesetengah ulama' berpendapat pahala / ganjaran bersedekah tidak terhenti selagi ain (wang atau harta sedekah) itu digunakan di jalan yang betul dan tidak digunakan dalam perkara yang bertentangan syarak - seperti membeli arak, judi, dll. Wallahualam.

Masjid Darul Ihsan, Kampung Muda Hashim, Kuching

Pemasangan di Masjid Darul Ihsan, Kampung Muda Hashim, Kuching.

Terima kasih kepada para pewakaf dan AJK masjid.

Janji Allah itu benar. Sabar dan yakin kita menantikannya. Amin.

" Bandingan (yakni ganjaran) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama satu benih yang tumbuh lalu menerbitkan tujuh tangkai dan pada tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (Kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui" (Al-Baqarah:261)





Selasa, 1 Mac 2016

MZ Sejadah kini di Sarawak.

Alhamdullillah, MZ berjaya melebarkan sejadahnya ke bumi kenyalang.




Pemasangan pertama di Masjid Darul Hanna, Jalan Patingan, Kuching.






Disusuli pemasangan di Surau Darul Uyuun, Jalan Muhibbah, Kuching.

Terima kasih kepada pihak masjid dan pewakaf, moga Allah memberkati usaha mereka yang berkorban di jalan-Nya dengan pahala dan ganjaran yang berterusan hingga ke akhirat. Insyallah.